Thursday, April 24, 2025

A.K.U P.E.R.L.U.K.A.N K.E.K.U.A.T.A.N

 Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah besar dugann yang Engkau berikan pada aku selama ini. Sehinggakan aku berasa lelah.. Adakah ini pengakhiran kisah 7 tahun yg penuh dengan suka dan duka? 

Aku jalani kehidupan seperti orang2 lain juga, bekerja, berjalan, berkahwin dan mempunyai anak..setiap perhubungan tak pernah lari ada timbulnya permasaalahan dan begitu juga aku, jodoh hanya bertahan selama 9 tahun dengan 2 cahaya mata lelaki.. Aku redha dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk aku..

Aku meneruskan kehidupan bersama 2 hero yang dianugerahkan itu, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku dianugerahkan anak anak yang baik dan soleh.. Masa trus berlalu tanpa rehat sehingga la anak sulung aku melangkah ke tingkatan 3 di sekolah agama, Alhamdulillah..

 6 bulan selepas berakhirnya kisah rumahtangga, aku berhubung dengan kawan sekolah aku ketika di N9 dulu..telefon n text silih berganti, akhirnya naturally kami “berkawan”.. sedar tak sedar hubungan kami menghampiri tahun ke 8.. terlalu byk suka n duka yg kami lalui.. aku kenal semua keluarga dia dan boleh dikatakan, kampung dia adalah kampung aku.. parents dia terlalu sayang pada aku, sehinggakan emak dia akan sentiasa hubungi aku setiap 3 4 hari sekali. Kerana terlalu lama berkawan, aku dah terlalu kenal perangai dia sehinggakan setapak dia melangkah aku seakan tahu ke kanan atau ke kiri ingin dia tuju..

Dia seorang NARSISTIK!!.. sebelum ni aku tak tau pun apa itu narsistik dan aku ingatkan mmg perangai azali dia begitu.. bila hubungan kami sentiasa berantakan dengan isu kecik dan tak diterima dek akal aku jadi stress.. baik 2 minggu pastu gaduh 3 minggu, baik 3 minggu lepas tu gaduh 2 minggu.. dia sgt cemburu sehinggakan ziarah bekas mertua meninggalkan pun boleh jadi issue dan bergaduh.. berhubung dengan belas ipar pun akan menjadi 1 kesalahan bagi dia..puas aku terangkan segalanya tp dia tetap tak boleh terima.. aduhhhh stress nye aku ni!!

Aku pegi lepak ngan kenkwn perempuan aku pun akan menjadi issue pada dia, ada jer perkara yg dia tak puashati..lebih2 lagi dlm mase melepak tu aku tak cal dia dlm masa 2-3jam, CONFIRM jadi isu n bergaduh. Setiap kali bergaduh n aku conifrm kena block dari semua sudut.. huhhh untuk pengetahuan semua aku dan dia tak berkawan langsng dalam mana2 sosial media, malahan aku di block nye.. malas nak fikir dah pasal tuh..

Dia ada masalah financial yg sgt kritikal dan aku selalu support dia tapi aku tak pernah dihargai.. aku sedar n terlampau sedar tentang perkara tu selama ini tp mungkin hubungan kami dah terlalu lama n dia aku anggap sebahagian dar hidup aku dan mungkin sbb tu aku malas nak ambik kisah.. kadang kadang tu, aku baru jer bagi dia 300 ringgit untuk belanja n dlm stgh jam kemudian pun dia boleh marah aku n trus block.. nampak tak giler! Aku tau korang semua akan ckp aku bodoh tp mcm aku ckp, hubungan kami dah terlalu lama n mungkin aku dah immune..

Setiap kali gaduh, aku sentiasa mengalah n tak kira sapa salah atau betul, tetap aku yg akan mengalah dan dia terima tanpa ada rasa apa apa.. bila conference, dia akan sentiasa manipulate semua issue tu dan aku sentiasa berada di pihak yg salah.. Allahuakbar, besar dugaan yg Allah berikan pada aku.. sampai bilakah aku kena tanggung semua ini?? Kenapa terlalu susah untuk aku hilangkan dia dari hidup aku.. bantu la aku Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang aku lalui bersama dia..aku perlukan bantuan Mu!!.. jika dia lelaki yg Engkau takdirkan untuk aku hingga ke Jannah, maka KAU permudahkan la segalanya dan beri kebahagian kekal untuk kami dan jika dia hanya sekadar persinggahan untuk aku di dunia ini, KAU lenyapkan la dia dari diri aku..aamiinn yarabbal alamin..